Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan
solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa
hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman
Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki
yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati
dia (nazar), ‘kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing
hitam.‘Nak dijadikan cerita, Allah pun
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila
dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum
air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan
syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad,
nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau
sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun
haram tetap kena laksanakan nazar tu.Lalu,
si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu
dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas
dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air
kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam.Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat
dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musatadi.Lihatlah,
betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang
jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.Menyentuh bab air
tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat
(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan;
nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak.
Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang
tinggalkan solat.
Tak gamakkan?Tapi
lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu,
roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita
pun makan bekas air tangan dia.Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak
buatkerja-kerja yang baik.Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya
amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus
melalui Jibril as.Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan
kepada Saidina Ali (dan untuk umatIslam), ‘As-solah as Solah wa amalakat
aimanukum’. Maknanya, ‘Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan
peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu’. ~ _._ ~
Sahabatku, jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika aku lemah sedarkanlah agar aku
berubah. Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn
kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya….
Disediakan oleh : NUR FARISHA AZYAN BT. ZUHAIMI
96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.
Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepadaMenurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:
dan terdiri dari isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah:
1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :
Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.Ertinya:
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)
3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)
4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.
5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.
Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
Anda boleh baca surah Al-Waqiah di sini beserta maksudnya. Baca dan hayati. Semoga mendapat hidayah dari bacaan tersebut. Amin.
Bacaan yang mempersona dan menginsafkan dibawah disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah.
via : Surah Al-Waqiah | Wikipedia | Alivewire
Technorati Tags: al waqiah, surah al-waqiah, hari kiamat, Al-Waaqi’ah,mp3, ayat 1-74, 96 ayat, youtube, video, Mishary bin Rashid Al Afasy,waqiah, Mishary Rashid Efasy, Al Islam, Quran, Qari, Surah, Salaat,Mishari, Allah, Muslim, Beautiful, Recitation, Masjid, Kabir, Kuwait, Kand
disediakan oleh:=siti nurhayati bt jamaludin










