Wednesday, 4 April 2012

SYAIR,KEMANGKATAN,SULTAN,SULAIMAN


Deli tua negerinya itu
          Kotanya kukuh berpagar batu,
          Rasarnya ramai bukan suatu,
          Tiada berbanding di zaman itu.

Kerajaan Deli sangat kuat, makmur dan sukar ditandingi ketika itu.

          Baginda berputera tiga orang jua,
          Laki-laki konon putera yang tua,
          Puteri cantik putera kedua,
          Parasnya elok jarang tersua.

Sultan Deli mempunyai dua orang putera dan seorang puteri rupawan (jelita).

          Putera yang bongsu laki-laki jua,
          Parasnya elok tiadalah dua,
          Menarik hati orang semua,
          Dikasihi rakyat muda dan tua.

Putera bongsu baginda juga sangat tampan dan dikasihi rakyat jelata.

          Adapun akan dulu baginda,
          Isterinya lama sudah tiada,
          Banyak dicari gadis dan janda,
          Hati baginda penuju tiada.

Baginda yang sudah lama menduda cuba dijodohkan, tetapi tiada yang berkenan di hati.

          Beberapa lama demikian itu,
          Di atas takhta konon sang ratu,
          Dengan kehendak Tuhan yang satu,
          Baginda pun gering suatu waktu.

Dengan takdir Ilahi Sultan jatuh sakit (gering).

           Baginda nan gering bukan kepalang,
           Badannya kurus tinggallah tulang,
           Tabib pun selalu datang berulang,
           Mengubati baginda raja terbilang.

Baginda gering begitu serius hingga menjadi kurus kering.

          Tabib berusaha bersungguh hati,
          Menolong baginda raja berbakti,
          Sudahlah takdir Rabbulizzati,
          Penyakit tak dapat lagi diubati.

Walaupun tabib berusaha sehabis daya merawat baginda, takdir Tuhan tidak dapat diatasi.
          Pertolongan tabib tiada berfaedah,
          Semakin payah sultan yang syahdah,
          Ajal baginda hampirlah sudah,
          Ke negeri yang baqa akan berpindah.

Sultan makin tenat, dan bila-bila masa ajal datang menjemput baginda ke alam baqa'

          Dengan hal yang demikian itu,
          Penyakit menggoda setiap waktu,
          Ubat pun tiada dapat membantu,
          Baginda pun mangkat ketika itu.

Penyakit yang ditanggung tidak dapat diubati, lalu baginda pun mangkat.

          Baginda berpulang ke rahmatullah,
          Takhta kebesaran semua tinggallah,
          Harta dunia sudah terjumlah,
          Kepada yang lain diberikan Allah.

Setelah baginda mangkat, segala kebesaran ditinggalkan, dan harta baginda yang lain berpindah tangan mengikut ketentuan Ilahi.

Watak dan perwatakan

Sultan Deli: sultan yang memerintah negara yang kuat dan makmur

Tabib:  tetap cuba memberikan rawatan terbaik walaupun harapan sembuh tipis


DISEDIAKAN,OLEH:NUR,AISYAH,BT,SHAHIDAN

No comments:

Post a Comment