Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan
Posted on May 29, 2008 by nurul iman
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita.
Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam
pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah
pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan
awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial,
aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan
prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.
Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan
• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:
“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”
• Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah. DARIPADA:FITRAH
No comments:
Post a Comment