Wednesday, 4 April 2012

2 kesilapan asas yang di lakukan oleh seseorang


Adalah suatu kebiasaan jika seseorang melakukan kesilapan, terutama blogger baru dan tak kurang mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogosphere. Tiada siapa yang di lahirkan sempurna dan kesilapan adalah suatu lumrah dalam kehidupan kita.

Tetapi ingin belajar dari kesilapan adalah lebih baik dari tidak ingin mengambil tahu tentang apa yang telah terjadi. Tidak kira bloger lama atau baru sikap positif harus di tanam

1. Copy-Paste Arikel

Ramai blogger, kebanyakan dari mereka memulakan perjalanan di blogosphere dengan kandungan yang di cedok dari sumber lain. Tanpa pengalaman serta pengetahuan mungkin ini jalan pintas. Tidak terkecuali seri pun ada melakukannya.

Secara peribadi Seri mengambil waktu 2-3 bulan untuk memahami selok-belok cara-cara blogging. Dari cara posting artikel, menukar template dan sedikit mengenai kod HTML. Menukar template dan pengetahuan serba sedikit dalam kod HTML amat penting dalam kehidupan seorang blogger.

Berbalik kepada tajuk asal, copy-paste harus di ingat tidak banyak memberi manfaat kepada blog seseorang, terutama dari segi pengunjung dari Goggle Search atau Search Engine yang lain. Harus di ingat Goggle terlalu bijak untuk di manupilasi oleh mana-mana blogger.

Nasihat seri, postlah artikel yang tulen walau tak seberapa kerana ia lebih baik pada pandangan Goggle berbanding artikel copy-paste. Jika ada artikel yang hendak di post secara copy-paste, maka tajuk utama artikel serta isi kandungan harus di ubah. Dan jangan lupa sertakan sekali penulis asal artikel tersebut.

2. Tidak Memback-Up Blog Post

Nampak tajuk ini tidak begitu menarik. Kenapa harus kita memback-up blog post dan apa kepentingannya dalam dunia blogosphere?

Siapa tidak kenal dengan Chedet @ Tun Mahathir Mohammad. Dulu Tun ada sebuah blog yang di hostkan di blogspot. Apa yang terjadi kepada blog tersebut? Setelah mencecah 1 juta pengunjung, secara tiba-tiba blog tersebut terhapus dari blogspot.

Apa yang Seri ingin tekankan disini, setiap artikel yang telah di post mestilah di back-up menggunakan wordpad atau text dokumen dan simpan di tempat yang selamat.

Jika suatu hari nanti Goggle menamatkan Akaun Blogger secara tiba-tiba, kita masih boleh mempost semula semua artikel samada di Blogger blog atau Wordpress blog.

Jadi jangan tunggu sehingga blog kita terhapus dari blogspot, mulakan memback-up post-post anda.

Disediakan oleh : Nur Farisha Azyan bt. Zuhaimi

No comments:

Post a Comment