Baginda merupakan putera ketujuh (ada sumber mengatakan anak
kesebelas) Nabi Ya'akub a.s. dan
baginda berkongsi ibu yang dikenali sebagai Rahil dengan adiknya, Bunyamin.
Baginda mempunyai 12 orang adik beradik lelaki dan baginda mempunyai rupa paras
yang tampan dan dimanjai oleh bapanya. Walau bagaimanapun, ibu kandungnya wafat
ketika baginda berusia 12 tahun.
Kasih sayang yang diperolehi dan kelebihan pada baginda dan Bunyamin mendorong 10 adik-beradik lelaki dari ibu yang lain berasa iri-hati dan dengki yang mewujudkan komplot menarik perhatian bapa mereka. Mereka bercadang untuk membunuh baginda.
Yahudza, anak lelaki keempat dari Nabi Ya’akub dan yang paling cekap dan bijaksana di antara mereka tidak bersetuju dengan cadangan pembunuhan memandangkan perlakuan tersebut adalah dilarang. Maka, demi menghalau Yusuf, dia mencadangkan untuk mencampakkan baginda ke dalam sebuah "perigi buta" yang terletak di persimpangan jalan kafilah-kafilah dagang dan para musafir beristirehat. Dengan itu, berkemungkinan Yusuf akan diselamatkan dari perigi tersebut dan di bawa oleh sesiapa sahaja untuk dijadikan hamba.
disediakan oleh;siti nurhayati bt jamaludin

No comments:
Post a Comment