Sunday, 1 April 2012

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut

Posted 16 February 2005 - 04:19 PM
Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh
mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam
akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar
atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran
atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti
daging lembu yang baru saja disembelih
dimana
jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati
bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini
akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.                             DARIPADA:HAMIDAH

No comments:

Post a Comment