بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.

.
Selesai bersolat, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”
.
Malam tadi aku bangun bersolat mengikut
apa yang dikehendaki Allah SWT, kemudian aku merasa mengantuk lalu
tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam
keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.
.
Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”
Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”
.
Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya
yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan
di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang
terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di
antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.
.
Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”
Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”
Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”
Aku menjawab: “Membasuh
anggota wuduk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi
mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah
dan menanti solat fardhu.”
Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”
Aku menjawab: “Menyedekahkan
makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia
sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik,
mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari
ia dilahirkan ibunya.”
Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad ! engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”
Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”
Allah SWT berkata: “Apabila
engkau selesai solat, katakanlah: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu
untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran,
untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku,
mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak
memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak
mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu,
dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan
jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”
.
Kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.” (Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)
.
Oleh kerana itulah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi
berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam ketika bermimpi. Maka Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.
.
Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal)
ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan
Insya’Allah selama-lamanya.
.
Selamat beramal dan meneruskan kesinambungan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam!
.
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Artikel Berkaitan:
2. Al-Jarir & Serban Rasulullah SAWDISEDIAKAN OLEH :SITI NUR HAYATI BT JAMALUDIN
No comments:
Post a Comment