Sunday, 1 April 2012

15 AZAB Bagi orang yang meninggalkan sembahyang



“Berwaspadalah 15 AZAB Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang”.

Saya ingat nak buang je sebab dah koyak kena gigit dengan tikus dan anai-anai. Tapi saya rasa sayang kalau buang ilmu camtu je. Baik saya simpan baik-baik dalam blog ni untuk ingatan kita bersama. Mungkin boleh gerakkan hati orang yang ada tinggalkan sembahyang tu untuk lebih taat pada perintahNya.

6 Azab Di Dunia
  1. Dihilangkan keberkatan umurnya
  2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari mukanya
  3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
  4. Doanya tidak dimakhbulkan oleh Allah SWT
  5. Tiada doa daripada para Solihin untuknya
  6. Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN
3 Azab Ketika Hampir Mati
  1. Kematiannya penuh kebinasaan
  2. Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
  3. Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat
3 Azab Di Dalam Kubur
  1. Kubur menghimpitnya hingga berselisih tulang rusuknya
  2. Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di atas bara api itu
  3. Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana guruh, ia berkata “Hai manusia! Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan solat fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan solat fardhu Asar”. Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan hingga hari kiamat.            DARIPADA :HAMIDAH

No comments:

Post a Comment