Monday, 2 April 2012

Kisah/Riwayat Nabi Muhammad SAW
PDF Print E-mail
Ketika cahaya tauhid padam di muka bumi, maka kegelapan yang tebal hampir saja menyelimuti akal. Di sana tidak tersisa orang-orang yang bertauhid kecuali sedikit dari orang-orang yang masih mempertahankan nilai-nilai ajaran tauhid. Maka Allah SWT berkehendak dengan rahmat-Nya yang mulia untuk mengutus seorang rasul yang membawa ajaran langit untuk mengakhiri penderitaan di tengah-tengah kehidupan. Dan ketika malam mencekam, datanglah matahari para nabi. Kedatangan Nabi tersebut sebagai bukti terkabulnya doa Nabi Ibrahim as kekasih Allah SWT, dan sebagai bukti kebenaran berita gembira yang disampaikan oleh Nabi Isa as.
Allah SWT menyampaikan salawatnya kepada Nabi itu, sebagai bentuk rahmat dan keberkahan. Para malaikat pun menyampaikan salawat kepadanya sebagai bentuk pujian dan permintaan ampunan, sedangkan orang-orang mukmin bersalawat kepadanya sebagai bentuk penghormatan. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (QS. al-Azhab: 56)
Sebelumnya Allah SWT mengutus para nabi-Nya sebagai rahmat kepada kaum dan zaman mereka saja, namun Allah SWT mengutus beliau saw sebagai rahmat bagi alam semesta. Beliau saw datang dengan membawa rahmat yang mutlak untuk kaum di zamannya dan untuk seluruh zaman. Allah SWT berfirman, "Dan aku tidak mengutusmu kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta."
Hakikat dakwah para nabi sebelumnya adalah menyebarkan Islam, begitu juga ajaran yang dibawa oleh Nabi yang terakhir adalah Islam. Beliau saw adalah Muhammad bin Abdillah bin Abdul Muthalib, anak seorang wanita Quraisy. Beliau saw adalah pemimpin anak-anak Nabi Adam as. Beliau saw adalah hamba Allah SWT dan Rasul-Nya, serta rahmat Allah SWT yang dihadiahkan kepada umat manusia.   DARIPADA:FITRAH

Perundingan dengan Israel Adalah Perbuatan Keji

Sekretaris Komite Eksekutif Organisasi Pembebasan Palestina (PLO), Yasser Abd Rabbih mengatakan pada hari Selasa pagi (24/11) bahwa melemahkan Otoritas Nasional dan meruntuhkan legitimasi Palestina telah menjadi misi keseharian yang dilakukan Hamas untuk diwujudkannya. Abd Rabbih mengatakan dalam sebuah wawancara radio untuk “Voice of Palestine” bahwa “jika perundingan tidak dilakukan dengan Hamas, maka hal itu dianggapnya sebagai perbuatan keji di antara perbuatan setan”. Pada saat yang sama, ia menekankan bahwa Otoritas Nasional Palestina adalah tangan kanan dan perpanjangan dari PLO dan lembaga-lembaganya.
*** ***
Tidak ada keraguan bahwa perundingan merupakan perbuatan keji di antara perbuatan setan, tanpa memandang siapa dia yang telah melakukan perundingan dengan pendudukan Yahudi, sebab Palestina, seluruh Palestina adalah tanah kharaj yang diberkati milik umat Islam. Sehingga tidak dapat seorang pun menyerahkan melalui perundingan atas tanah Palestina meski hanya sejengkal (seinci).
Perundingan apapun yang dilakukan dengan pendudukan Yahudi tidak dapat menghasilkan sesuatu yang sah (legal), baik yang melakukan itu atas nama Otoritas Palestina, atau atas nama “negara” rakasa, yang oleh beberapa pemimpin Fatah sendiri disamakan dengan “kandang” atau “kurungan” ayam.
Sehingga tidak ada sesuatu yang legitimasi, tidak untuk kepemimpinan, dan tidak pula untuk pemerintahan yang ada di bawah pendudukan, sampai semua pihak beraktivitas untuk meruntuhkan dan melemahkannya.
Ingat! Pemimpin Otoritas Palestina memerlukan izin dari pendudukan Israel ketika hendak melakukan perjalanan, para menteri dan anggota parlemen ditangkap di persimpangan jalan dan dari rumah-rumah mereka, bahkan para pemimpin aparat keamanan Otoritas Palestina juga ditangkap, padahal mereka selalu menemani para perwira pendudukan Israel kapan pun mereka menginginkan. Sementara itu, Otoritas Palestina tidak dan tidak akan pernah memiliki kekuatan.
Bahkan Otoritas Palestina sedang berada di puncak kelemahan dan kehinaan. Sehingga tidak memerlukan seorang pun untuk melemahkan dan meruntuhkannya.
Kemudian Otoritas Palestina dibelenggu dan dikendalikan berbagai persyaratan perjanjian keamanan yang tidak mungkin menjadikan Otoritas Palestina selain hanya menjadi tangan kanan bagi keamanan pendudukan Israel.
Dan dalam hal ini, yang paling pantas merasa terhina dan malu adalah Organisai Pembebasan Palestina (PLO), dan para pemimpinnya, sebab Otoritas Palestina ini adalah perpanjangannya, dan di antara perbuatan kejinya.
Apakah hal itu akan menghentikannya berjalan terengah-engah di belakang fatamorgana? Dan apakah hal itu akan menghentikan pertengkaran antara dua kekuasaan Ramallah dan Gaza untuk berebut kekuasaan yang sama? (pal-tahrir.info, 24/11/2009) DARIPADA:FITRAH

KEJAMNYA TENTERA AMERIKA!!!!!!!!!!!!!!!

Askar Amerika Kencing Atas Mayat Orang Islam


Terkejut dan geram tatkala Mak Dara membaca surat khabar Harian Metro hari ini tentang perbuatan terkutuk askar Amerika yang kencing ke atas mayat orang islam.. 

Menurut dari sumber harian metro online kejadian itu berlaku di Afghanistan. Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban. Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata “semoga bergembira, kawan” kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka. Masyaallah...                DARIPADA:FITRAH

Read more: http://www.bicaramakdara.com/2012/01/askar-amerika-kencing-atas-mayat-orang.html#ixzz1qrkjtGem

Images for GAMBAR BUNGA LAVENDER

 - Report images       DARIPADA:AFIFAH

Sunday, 1 April 2012

dosa anak derhaka dibalas di dunia

dapat balasan di dunia lagi
Posted by epondok di Ogos 4, 2010
 
i
1 Votes
Quantcast
Oleh Mohd Fadly Samsudin, Mohd Harzrul Aminuddin dan Sharifah Zulaikha Syed Amali
SESUNGGUHNYA dosa derhaka terhadap ibu bapa termasuk dalam empat dosa besar iaitu ‘sebaris’ dengan dosa menyekutukan Allah, membunuh manusia dan menjadi saksi palsu.
Anak yang tidak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa adalah anak derhaka, yang selayaknya menerima balasan daripada Allah.
Daripada hadis yang diriwayatkan Tabrani: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”
Banyak contoh menunjukkan pengajaran dan azab derita yang ditanggung jika menderhaka kepada ibu bapa di dunia ini.
Ia mungkin datang dalam keadaan seseorang itu ditimpa penyakit, gagal mendapatkan pekerjaan atau nafkah serta keadaan hidup mereka tidak tenang.
Kisah Wail bin Khattab boleh dijadikan iktibar kerana terlalu cintakan isteri, dia sering mencaci dan mempercayai segala yang dikata isterinya terhadap ibunya.
Ketika Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan tidak terhingga. Dia menggelupur hingga keluar peluh membasahi seluruh tubuh badannya.
Selama puluhan hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka luas tetapi kerongkongnya tersumbat hingga tidak terdengar jeritan, kaki dan tangannya pula kaku.
Sahabat amat terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka turut bersama-sama mengajar Wail mengucap kalimah syahadah.
Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui Nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad (S.A.W) meminta ibu Wail dijemput menemui beliau.
Nabi mahu mengetahui keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit. Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencacinya kerana dihasut isterinya.
Dia terlalu percaya segala yang dikatakan isterinya hingga menyebabkan ibunya berasa hati. Nabi Muhammad memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya itu.
Tetapi ibunya berkeras tidak mahu memaafkannya. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api kerana mahu membakar Wail hidup-hidup.
Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail pasti derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.
Mendengar kata nabi itu, ibu Wail berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku ampuni dia. Kesalahannya aku maafkan.”
Selepas itu keadaan Wail bertukar dengan wajahnya mula berubah selepas mendapat keampunan ibunya. Dia akhirnya dapat mengucap kalimah syahadah dan kemudian meninggal dunia.
Begitulah azab dan penderitaan yang ditanggung seorang anak yang sanggup mengetepikan ibunya. Itu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah.
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi bersabda yang bermaksud: “Celakalah; celakalah; dan celakalah! iaitu orang yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya hingga sampai usia mereka lanjut, namun dia tidak boleh untuk masuk ke dalam syurga (lantaran tidak berbakti kepada mereka).”
Masyarakat kita juga mempunyai cerita tersendiri yang mengaitkan kisah penderhakaan anak terhadap orang tuanya. Kisah Tanggang yang disumpah menjadi batu cukup memberi kesan kepada kita.
Namun Tanggang zaman sekarang lebih mendukacitakan kerana bukan lagi mulut melafazkan kata-kata kesat tetapi mereka sanggup memukul ayah dan ibu.
Begitulah antara kupasan awal yang yang dipersembahkan penceramah terkenal, Ustaz Mohd Zawawi Yusoh kepada orang ramai yang hadir memeriahkan Majlis Diskusi Addin sempena Karnival Gegaria Harian Metro di Dataran Tanjung Emas, Muar, baru-baru ini.
Mohd Zawawi berkata, Tanggang dulu adalah anak yang sanggup menderhaka bagi mengejar kemewahan dunia tetapi Tanggang zaman sekarang lebih hebat kerana membabitkan ratusan kes pelik seperti anak rogol emak, kurung bapa sebab mahu hartanya dan ada pula yang tergamak memukul ibu bapa.
“Tanggang moden adalah anak berhati batu hingga sanggup melakukan perbuatan keji terhadap kedua-dua ibu bapa seperti mengurung bapa semata-mata ingin merampas hartanya dan tidak kurang juga ibu bapa yang ditinggalkan di tepi jalan.
Cerita Tanggang disumpah menjadi batu seakan-akan gagal menginsafkan anak kita pada zaman sekarang,” katanya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanku sudah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka, sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.” (Surah al-Isra’ ayat 23-24).
Begitulah kedudukan ibu bapa yang perlu dimuliakan setiap masa dan amat bertentangan sekali jika ada anak yang langsung tidak menghormati, malah sanggup menderhaka.
Mohd Zawawi berkata, punca berlakunya perkara itu kerana kurangnya didikan ilmu agama daripada ibu bapa sendiri.
“Ibu bapa zaman moden kini terlalu banyak menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada guru di sekolah. Apabila pulang ke rumah, mereka dibiarkan saja dan secara tidak langsung ilmu yang dipelajari terabai begitu saja.
“Mereka terlalu mementingkan kerjaya masing-masing hingga sanggup membiarkan anak mencari hala tuju kehidupan tanpa sebarang panduan daripada Ibu bapa,” katanya.
Anak yang tiada arah panduan pastinya menjadikan rakan sebaya sebagai tempat meluahkan segala-galanya berbanding ibu bapa.
Tanggang moden turut dikaitkan dengan kelemahan sistem pendidikan dan pengaruh media yang mengagungkan budaya Barat hingga merosakkan pemikiran golongan muda.
“Budaya bebas berfikir ini hanya mewujudkan pelbagai masalah sosial seperti menularnya seks bebas, samseng jalanan serta kelahiran anak luar nikah.
“Kita perlu bijak berfikir. Ia perlulah sesuai dengan kehidupan sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Islam,” kata Mohd Zawawi.
Sementara itu, Ustazah Azini Mansor pula menceritakan kisah seorang anak perempuan yang sanggup menderhaka kepada ibunya kerana ditegur bermain telefon bimbit hingga lewat malam.
“Ibu tidak senang melihat perilaku anaknya itu menegur beberapa kali sebelum merampas telefon bimbit.
“Selepas mendapati telefon bimbitnya rosak, anak perempuan itu hilang pertimbangan hingga tergamak mencekik ibunya,” katanya.
Kisah itu tidak berakhir di situ, malah berlanjutan hingga masing-masing membuat laporan polis atas tuduhan cubaan membunuh.
“Namun anak lebih bijak kerana dia melaporkan tindakannya itu sebagai mempertahankan dirinya. Lebih teruk, dia tergamak membuat tuduhan ibu mahu membunuhnya.
“Apa sudah jadi? Anak lebih sayangkan telefon bimbit berbanding ibu bapa sendiri. Ke mana perginya budaya hormat menghormati yang cukup dekat dengan masyarakat kita?” katanya.
Kisah terbabit menjelaskan betapa dahsyatnya Tanggang zaman sekarang apabila anak muda bagaikan hilang pedoman dan bersikap hati batu terhadap ibu bapa.
Kesibukan dalam memenuhi tuntutan kerjaya tidak boleh dijadikan alasan untuk lari daripada tanggungjawab mendidik anak.
Ibu bapa perlu kerap memantau gerak geri anak mereka bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam kawalan.
Komunikasi juga penting dalam mendidik anak dalam zaman serba moden supaya mereka sentiasa berhubung rapat antara satu dan lain.
“Ibu bapa perlu meluangkan masa tiga hingga lima jam sehari untuk anak mereka.   daripada:fitrah
“Didikan yang berterusan juga harus dipraktikkan bukan saja di sekolah tetapi di rumah kerana masa banyak diluangkan di rumah,” kata Azini.

GAMBARAN SYURGA

GAMBARAN SURGA - FOTO SURGA

surga

GAMBARAN SURGA - FOTO SURGA

Surga adalah tempat dimana kita semua nanti akan meuju kesana, ada dua akhir nanti yang kita semua tahu, yaitu surga dan neraka. Surga di katakan di semua kitab agama bahwa surga adalah tempat yang sangat Indah untuk mereka yang patuh serta menjalankan semua perintah Tuhan.
Walapun kita semua belum pernah tahu akan apa itu atau bagaimana surga berikut saya berikan gambaran atau foto surga, ya walaupun tidak seindah surga milik Tuhan yang sebenarnya.         DARIPADA:HAMIDAH

15 AZAB Bagi orang yang meninggalkan sembahyang



“Berwaspadalah 15 AZAB Bagi Orang Yang Meninggalkan Sembahyang”.

Saya ingat nak buang je sebab dah koyak kena gigit dengan tikus dan anai-anai. Tapi saya rasa sayang kalau buang ilmu camtu je. Baik saya simpan baik-baik dalam blog ni untuk ingatan kita bersama. Mungkin boleh gerakkan hati orang yang ada tinggalkan sembahyang tu untuk lebih taat pada perintahNya.

6 Azab Di Dunia
  1. Dihilangkan keberkatan umurnya
  2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari mukanya
  3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
  4. Doanya tidak dimakhbulkan oleh Allah SWT
  5. Tiada doa daripada para Solihin untuknya
  6. Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN
3 Azab Ketika Hampir Mati
  1. Kematiannya penuh kebinasaan
  2. Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
  3. Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat
3 Azab Di Dalam Kubur
  1. Kubur menghimpitnya hingga berselisih tulang rusuknya
  2. Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di atas bara api itu
  3. Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana guruh, ia berkata “Hai manusia! Sesungguhnya aku diperintahkan untuk menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan solat fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan solat fardhu Asar”. Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan hingga hari kiamat.            DARIPADA :HAMIDAH