Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa
dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya.
Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja
seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik
orang alim dan bukannya orang Islam.
Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan
dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang
aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga
apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang
membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah
adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang. DARIPADA: HAMIDAH
Saturday, 31 March 2012
kedasyatan siksaan alam kubur
KEDAHSYATAN
SIKSAAN DIALAM KUBUR
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata:
"Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar
menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum
dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk
dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas
kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek
dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda:
"Berlindunglah kamu kepada Allah dari
siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi
sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi
akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan
matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata
mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan
memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah
dan ridhaNya."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka
keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka
langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak
harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak
melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?"
Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana
dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit
dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga
sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman:
"Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian
dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan,
dan didalamnya Aku kembalikan dan
daripadanya pula akan Aku keluarkan pada
saatnya." Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang
kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa
Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku.
Lalu ditanya: "Apakah agamamu?"
Maka dijawab: "Agamaku Islam"
Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang
yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia
utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah
kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya
membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka
terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga
serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia
mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan
mata." Kemudian datang kepadanya seorang
yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar
gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu."
Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik."
Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu
dengan keluargaku dan kawan-kawanku."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba
yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun
kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu
duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk
disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju
murka Allah." Maka tersebar disemua
anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang
basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam
kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa
naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang
jahat dan busuk itu?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan
sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka,
tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w
membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad
khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." (Yang
Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat
masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum."
Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin."
Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman
yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi
bihirrihu fimakaanin sahiiq." (Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah,
maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin
kedalam jurang yang curam."
Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didlam kubur, lalu didatangi
oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa
Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya
tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah
agamamu?" Maka dijawab: "Saya
tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana
pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?"
Dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu
ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?"
Maka dijawab: "Saya tidak tahu"
Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaku, hamparkan untuknya
dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa
neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang
rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya
sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang
telah diperingatkan oleh Allah kepadamu."
Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang
jelek." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya
Tuhan jangan percepatkan kiamat."
Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut
didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan
tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam
adunan sambil dipanggil: "Ya ayyatuhannafsul muth ma'innatur ji'i ila
robbiki rodhiyatan mardhiyah." (Yang bermaksud) "Hai roh yang tenang,
kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan
rahmat dan keridhoan Allah." Maka jika
telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu
dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin.
Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa
kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil
dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu
ketempat yang rendah hina dan siksaNya, maka
bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu
yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin." DARIPADA :HAMIDAH
syurga1
Mengenali sifat seorang penghuni syurga
Aug 15th, 2008 by nurjeehan
Oleh Ibrahim Abdullah
KEJAR IBADAT: Kebersihan hati kunci membuka pintu syurga dalam ibadat, kehidupan.
Kebersihan hati kunci buka pintu amalan baik memasuki alam tertinggi
KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat, “Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk.” Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa.
Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.
Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.
Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, “Apa yang engkau lihat itulah.”
Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam.”
Ada banyak teladan dalam kisah itu. Namun yang pasti, hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan (iaitu) di hari harta dan anak pinak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (Surah as-Syu’araa, ayat 78)
Kebersihan hati adalah kunci untuk membuka pintu syurga. Sekecil mana pun amalan, tetap akan dapat memasukkan orang ke syurga, asalkan ia memiliki hati bersih. Sebaliknya, sebanyak mana pun amalan, tidak akan bererti sama sekali apabila kita memiliki hati penuh penyakit.
Abu Umamah layak diteladani. Ia bukan sahabat terkenal seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin ‘Affan atau Ali bin Abi Talib. Ibadatnya tidak tersohor seperti Abu Darda’, Abdul Rahman bin ‘Auf, Salman al-Farisi, juga beberapa sahabat lainnya.
Namun darjatnya di mata Allah dan Rasul-Nya demikian tinggi, hingga Rasulullah SAW menyatakan ia sebagai calon penghuni syurga kerana hatinya bersih daripada penyakit, kebencian dan dendam. Sehingga semua amalan kebaikannya tetap utuh dan bernilai di hadapan Allah.
Oleh itu, selain sibuk memperbanyak amalan kebaikan, hendaklah menjaga hati daripada penyakit membahayakan kerana sia-sia saja menghiasi diri dengan amalan wajib mahupun sunat sedangkan hati tidak pernah dibersihkan. Sebaliknya walaupun amalan kita biasa saja, namun hati bersih, maka nilainya akan jauh lebih tinggi di hadapan Allah.
Walau bagaimanapun syaitan tidak akan duduk diam tetapi berusaha menghancurkan amalan baik sedang dikerjakan hamba. Maka sedang kita sibuk mengerjakan amalan, jangan lupakan hati. Lindungi daripada penyakit yang membinasakan amalan.
Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.
Imam al-Ghazali dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.
Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)
Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah.
Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan. Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak.
Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya. Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa’um, ayat 4 – 6)
Kerana tidak ada kebersihan hati, banyak orang jadi hina dan sengsara. Allah menciptakan wang supaya manusia dekat dengan Allah. Wang yang dikurniakan disedekahkan, berzakat dan menolong orang sehingga darjat meningkat di sisi Allah.
Namun sebaliknya, banyak menjadikan dirinya hamba wang, demi mencari wang dia sanggup menipu orang, mencuri, rasuah, menculik, menyorok dan menaik harga barang serta bersubahat. Inilah menyebabkan hati seseorang tidak bersih dan menghapuskan segala amalan kebaikan dikerjakannya.
Justeru, amalan seseorang menggambarkan kebersihan hati nurani kerana sifat ujub, takbur, dengki dan rasa dendam menyebabkan halangan serta gangguan untuk seseorang itu menjadi penghuni syurga.

oleh: Rassidi test
NAMA LAIN BAGI RASUAH
Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama lain. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:-
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.
Hadis nabi SAW ada menyatakan :”Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum” (HR. Abu Daud & Tirmizi)
Ibnu Mas’ud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut:
“Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya :
1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia.
2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya.
3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya.
Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan).
Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan, diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu. Adakalanya memberi kerana penghargaan tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui.
hanihameera :)
hanihameera :)
KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UN-TRANSPARENCY INTERNATIONAL
KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UN-TRANSPARENCY INTERNATIONAL
RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya.
Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun ‘corruption’ dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan.
Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward
John B. Saunders pula menulis dalam kamus ‘Mozley and Whiteleys Law Dictionary’ memberi definisi ‘corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty’.
Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok).
Menurut ‘Transparency International’ pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat.
hanihameera :D
hanihameera :D
About mee !
Assalammualaikum , saya Hani Hameera binti hanif dari Sekolah Kebangsaan Sultanah Bahiyah . Saya tinggal di asrama . Mak saya tinggal dia Seremban , kalau boleh saya nak tinggal dengan mak saya tapi tak boleh orang tak bagi hurmm . Kakak saya bernama Hani Hanissa . Saya ada empat orang adik beradik . Saya anak yg ke dua . Rumah saya dekat Sungai Petani . Cita-cita saya nak jadi seorang jurutera macam ayah saya :) . yg ni jaa yang saya nak bagitahu nanti kita sambung lain .. :D Assalammualaikum .
Subscribe to:
Posts (Atom)